TAJUK 187 – BHG 1: RAHSIA MENULIS THESIS YANG TAK PERNAH DIBERITAHU PADA ANDA.
Saya telah dijemput untuk kendalikan bengkel penulisan dan SOROTAN LITERATUR untuk 3 sesi pada minggu depan dan ada beberapa bengkel lagi yang sedang dirancang.
Terima kasih kerana kepercayaan anda. Namun semenjak keghairahan yang memuncak dan meluap2 untuk berbengkel….telah membuat saya terfikir beberapa jenak…. dan membuat rumusan bahawa ada satu rahsia besar yang kebanyakkan postgraduate baru tersedar…..maka saya ingin berkongsi rahsia tersebut yang ramai postgradute tidak sedar. Macamanalak saya tak sedar ni? Tak cayalah ! Manalah saya tahu yang anda tak sedar? Tetapi jangan resah dan gelisah, saya tetap akan beritahu ….. khas untuk pembaca2 blog saya yang setia.... dan bakal2 pembaca blog.
Saya dulupun buat thesis jugak….. tapi saya ghairah sendiri jer… masa buat master dulu bukan sahaja bengkel tak ada, fesbuk, blog, email, hp, internet usah nak cakaplah….. lansung tak wujud di alam nyata mahupun alam maya. Malah dalam cerita Star Wars pun benda2 tu tak wujud lagi apa lagi kat Alor Star….kalau gerek adalah.
Alhamdullillah, masa buat PhD dah ada email…. dan internet… jadilah… La ni….. buka sahaja notebook, ebook, laptop dan Ipad semua ada…. dah tulis campak jer dalam dropbox!! Esok sambung lagi….anytime, anywhere….masa pakai baju hatta sambil makan dalam tupperware pun boleh buat…..Fuuuhhh… bikin gua jeles…. Masa buat master dulu, saya pergi UKM, hari2 fotokopi artikel….kena que, mesin fotostate rosaklah… banyak duit abis ooooo.
Then pergi UM buat “kerja bodoh” yang sama….. duit lagi…. masa lagi…..Bila artikel yang dicari tak ada, minta pulak librarian order…. tunggu pulak 3 bulan… bayar lagi duit. Kalau ada fesbuk atau twitter boleh gak sembang2 sambil meminta simpati....hu hu Bertuah benar pelajar la ni…. semua tersedia depan mata.. Kata ada rahsia… cepat ler… apa dia? Kini tak lagi rahsia, sebab saya akan “belasah” peserta bengkel saya dengan perkara yang sama juga tetapi secara live dan F2F. Siaplah hampa !! Tak tahu F2F? Emmmm…… tak tahu lagi? F2F to maknanya Face to Face ler. Beginilah…… Rahsia Pertama: Menulis tesis adalah satu proses yang saaaaaaangaat panjang dan berulang-ulang-ulang-ulang-ulang. Oleh kerana anda belum betul2 alaminya lagi, maka anda mungkin tak ambil pot perkara ini. Yang ambil pot adalah mereka yang telah terkelepot kerana dah berada dihujung semester.
Jadi anda perlu memulakan langkah pertama penulisan anda secepat mungkin, jika boleh sebaik sahaja anda mendaftar. Sebelum anda boleh menulis dengan baik, kenalah belajar teknik menulis yang paling berkesan, paling cepat dan paling praktikal sebab menulis tesis melibatkan kerja2 editing yang tak pernah abis…… berulang2 kali sehinggalah anda berjaya submit thesis anda... atau anda gugur diperbatasan.... Saya sedar ramai yang tak ada skill ini, sebab mereka berpuashati menggunakan notebook berwarna pink dengan processor Intel-Core Duo yang “powerful tu” macam mesin taip elektrik sahaja.
Mereka ingat guna komputer yang “power tu” sama seperti guna serbuk pencuci “yang power tu” jugak! Jadi bila saya cuba kendalikan beberapa bengkel penulisan bagi memenuhi hajat beberapa pelajar maka ramailah yang mula tersedar lalu "terhenti dari lamunan" akan kepentingan skill ini. Bak kata nenek saya…..better late than never !! atau bak kata Justin Bieber…never say never !!
Jadi (dengan izin) "the sooner you get started with your writing the better changes you to graduate earlier or on time" !! Ironinya, ramai postgraduate buangkan masa satu semester yang awal tak buat apa2 dengan alasan tak ada tajuk lagi, tajuk dah ada tapi belum konpom, mood belum mari, baru nak sesuaikan diri, belum ngam dengan advisor, jurnal tak jumpa, teori belum ada, SV sibuk, rumah tak ada wifi, komputer tak canggih, baby (dan hubby) selalu kacau I malam2 dan yang paling best....kawan2 I semuanya pun belum mula lagi….why should I..... you tell me bro !
Tahukah anda banyaknya masa yang anda telah biarkan berlalu dengan memberi alasan yang setaraf dengan pelajar Tingkatan 3 sedang anda hanya ada 4 semester sahaja utk master dan 6 semester utk PhD. Inilah rahsia pertama….. MULAKAN PENULISAN TESIS ANDA SECEPAT MUNGKIN SECARA EFISYEN. Ramai pelajar master / PhD quoted "Vision 2020" Dr. M dari akhbar.....That quotation is an important argument as the background of your study....How can u do that.... U should quote it from this book... the original source!! Ada beberapa rahsia akan menyusul selepas ini. OT
Rahsia pertama dah saya kupas kini RAHSIA KEDUA pula… sambungan rahsia pertama.
Rahsia kedua: Rahsia ini berbunyi begini - dengan memulakan penulisan lebih awal, anda akan “DIPAKSA” dan “TERPAKSA” berfikir dengan lebih serius pada peringkat yang lebih awal tentang kajian anda. Dengan berfikir lebih awal, maka lebih awallah idea anda akan mula tersusun dalam kepala anda, maka lebih awallah anda dapat memahami aspek2 kajian anda !! (maka lebih awallah saya bergraduate - tau tak per !)
Habis sapa ler pulak nak paksa anda berfikir kecuali diri anda sendiri! Blog ini hanya sebagai impetus atau pencetus sahaja, macam lighter dinyalakan pada sumbu mercun….. Tanpa lighter…… mercun hanya lah satu kuasa yang terpendam tetapi tak berguna….. yang lama kelamaan akan lemau…. Bila dah lemau…. sumbu tak akan dapat dinyalakan wpun dengan 10 lighter !! Ingat tak semasa anda menulis email cinta pada kekasih anda? Wow bukan main serius lagi... siap analogi, berpuitis... nangis2 pulak dan kadang2 ketawa sendirian..... syahdu sungguh. Teringat jer kekasih wpun pukul 3 pagi, terus bangun dan menulis..... berhelai2 pulak tu !!
Sayugia dinyatakan bahawa membaca dan membaca sahaja belum tentu anda berfikir, sekurang2nya berfikir secara serius… macam baca paper…. atau baca fesbuk….. bukan kita nak ambil pusing pun sangat apa yang kita baca. Bila anda mula menulis, anda sebenarnya mula berfikir. Bukan sekadar berfikir, tetapi mula berfikir dengan serius.. mendalam. Setiap perkataan dan ayat yang anda nak taip, anda kena fikir dulu…apa maksudnya… kenapa nak tulis macam itu dan apa kaitannya dengan kajian anda….SETUJU ? Ada tak orang menulis tanpa berfikir? Ada juga. Tapi kalau menulis tanpa berfikir tu namanya surat layang…..
Anda tulis tesis bukan surat layang…. Bila anda mula berfikir dengan serius dan mendalam, banyak lah persoalan baru yang timbul, banyaklah pengetahuan yang anda tambah…. semakin banyak yang anda tulis, semakin banyak yang anda tahu dan makin banyak pula yang anda tak tahu dan ingin tahu…. dan proses ini berterusan sehingga anda benar2 dapat menguasai bidang kajian anda dan DALAM MASA YANG SAMA TESIS ANDA JUGA AKAN TURUT PROGRES! Bukankah ini yang anda mahukan?
Bila anda menulis, otak anda akan jadi kritis….. mula belajar menganalisis... mensintesis. Sebab itu saya paksa peserta bengkel menganalisis dan mensintesis dengan aktiviti yang disediakan sambil menyaran "JUST DO IT" ! Inilah rahsia kedua yang tidak dapat difahami oleh kebanyakkan postgraduates master sebab mereka maybe belum alaminya sebelum ini. Tapi sedikit hairan, pelajar PhD pun sering abaikan aspek ini wpun mereka pernah menulis tesis. Kenapa? Sebab semasa membuat tesis masterpun mereka tak tahu dan sedar kepentingan menulis lebih awal. Betul tak? Kita jumpa lagi dalam rahsia ketiga…. OT Anda mungkin juga meminati:
No comments:
Post a Comment