Wednesday, 8 April 2015

TAJUK 187 – BHG 1: RAHSIA MENULIS THESIS YANG TAK PERNAH DIBERITAHU PADA ANDA.

Saya telah dijemput untuk kendalikan bengkel penulisan dan SOROTAN LITERATUR untuk 3 sesi pada minggu depan dan ada beberapa bengkel lagi yang sedang dirancang.
Terima kasih kerana kepercayaan anda. Namun semenjak keghairahan yang memuncak dan meluap2 untuk berbengkel….telah membuat saya terfikir beberapa jenak…. dan membuat rumusan bahawa ada satu rahsia besar yang kebanyakkan postgraduate baru tersedar…..maka saya ingin berkongsi rahsia tersebut yang ramai postgradute tidak sedar. Macamanalak saya tak sedar ni? Tak cayalah ! Manalah saya tahu yang anda tak sedar? Tetapi jangan resah dan gelisah, saya tetap akan beritahu ….. khas untuk pembaca2 blog saya yang setia.... dan bakal2 pembaca blog.
Saya dulupun buat thesis jugak….. tapi saya ghairah sendiri jer… masa buat master dulu bukan sahaja bengkel tak ada, fesbuk, blog, email, hp, internet usah nak cakaplah….. lansung tak wujud di alam nyata mahupun alam maya. Malah dalam cerita Star Wars pun benda2 tu tak wujud lagi apa lagi kat Alor Star….kalau gerek adalah.
Alhamdullillah, masa buat PhD dah ada email…. dan internet… jadilah… La ni….. buka sahaja notebook, ebook, laptop dan Ipad semua ada…. dah tulis campak jer dalam dropbox!! Esok sambung lagi….anytime, anywhere….masa pakai baju hatta sambil makan dalam tupperware pun boleh buat…..Fuuuhhh… bikin gua jeles…. Masa buat master dulu, saya pergi UKM, hari2 fotokopi artikel….kena que, mesin fotostate rosaklah… banyak duit abis ooooo.
Then pergi UM buat “kerja bodoh” yang sama….. duit lagi…. masa lagi…..Bila artikel yang dicari tak ada, minta pulak librarian order…. tunggu pulak 3 bulan… bayar lagi duit. Kalau ada fesbuk atau twitter boleh gak sembang2 sambil meminta simpati....hu hu Bertuah benar pelajar la ni…. semua tersedia depan mata.. Kata ada rahsia… cepat ler… apa dia? Kini tak lagi rahsia, sebab saya akan “belasah” peserta bengkel saya dengan perkara yang sama juga tetapi secara live dan F2F. Siaplah hampa !! Tak tahu F2F? Emmmm…… tak tahu lagi? F2F to maknanya Face to Face ler. Beginilah…… Rahsia Pertama: Menulis tesis adalah satu proses yang saaaaaaangaat panjang dan berulang-ulang-ulang-ulang-ulang. Oleh kerana anda belum betul2 alaminya lagi, maka anda mungkin tak ambil pot perkara ini. Yang ambil pot adalah mereka yang telah terkelepot kerana dah berada dihujung semester.
Jadi anda perlu memulakan langkah pertama penulisan anda secepat mungkin, jika boleh sebaik sahaja anda mendaftar. Sebelum anda boleh menulis dengan baik, kenalah belajar teknik menulis yang paling berkesan, paling cepat dan paling praktikal sebab menulis tesis melibatkan kerja2 editing yang tak pernah abis…… berulang2 kali sehinggalah anda berjaya submit thesis anda... atau anda gugur diperbatasan.... Saya sedar ramai yang tak ada skill ini, sebab mereka berpuashati menggunakan notebook berwarna pink dengan processor Intel-Core Duo yang “powerful tu” macam mesin taip elektrik sahaja.
Mereka ingat guna komputer yang “power tu” sama seperti guna serbuk pencuci “yang power tu” jugak! Jadi bila saya cuba kendalikan beberapa bengkel penulisan bagi memenuhi hajat beberapa pelajar maka ramailah yang mula tersedar lalu "terhenti dari lamunan" akan kepentingan skill ini. Bak kata nenek saya…..better late than never !! atau bak kata Justin Bieber…never say never !!
Jadi (dengan izin) "the sooner you get started with your writing the better changes you to graduate earlier or on time" !! Ironinya, ramai postgraduate buangkan masa satu semester yang awal tak buat apa2 dengan alasan tak ada tajuk lagi, tajuk dah ada tapi belum konpom, mood belum mari, baru nak sesuaikan diri, belum ngam dengan advisor, jurnal tak jumpa, teori belum ada, SV sibuk, rumah tak ada wifi, komputer tak canggih, baby (dan hubby) selalu kacau I malam2 dan yang paling best....kawan2 I semuanya pun belum mula lagi….why should I..... you tell me bro !
Tahukah anda banyaknya masa yang anda telah biarkan berlalu dengan memberi alasan yang setaraf dengan pelajar Tingkatan 3 sedang anda hanya ada 4 semester sahaja utk master dan 6 semester utk PhD. Inilah rahsia pertama….. MULAKAN PENULISAN TESIS ANDA SECEPAT MUNGKIN SECARA EFISYEN. Ramai pelajar master / PhD quoted "Vision 2020" Dr. M dari akhbar.....That quotation is an important argument as the background of your study....How can u do that.... U should quote it from this book... the original source!! Ada beberapa rahsia akan menyusul selepas ini. OT
Rahsia pertama dah saya kupas kini RAHSIA KEDUA pula… sambungan rahsia pertama. Rahsia kedua: Rahsia ini berbunyi begini - dengan memulakan penulisan lebih awal, anda akan “DIPAKSA” dan “TERPAKSA” berfikir dengan lebih serius pada peringkat yang lebih awal tentang kajian anda. Dengan berfikir lebih awal, maka lebih awallah idea anda akan mula tersusun dalam kepala anda, maka lebih awallah anda dapat memahami aspek2 kajian anda !! (maka lebih awallah saya bergraduate - tau tak per !)
Habis sapa ler pulak nak paksa anda berfikir kecuali diri anda sendiri! Blog ini hanya sebagai impetus atau pencetus sahaja, macam lighter dinyalakan pada sumbu mercun….. Tanpa lighter…… mercun hanya lah satu kuasa yang terpendam tetapi tak berguna….. yang lama kelamaan akan lemau…. Bila dah lemau…. sumbu tak akan dapat dinyalakan wpun dengan 10 lighter !! Ingat tak semasa anda menulis email cinta pada kekasih anda? Wow bukan main serius lagi... siap analogi, berpuitis... nangis2 pulak dan kadang2 ketawa sendirian..... syahdu sungguh. Teringat jer kekasih wpun pukul 3 pagi, terus bangun dan menulis..... berhelai2 pulak tu !!
Sayugia dinyatakan bahawa membaca dan membaca sahaja belum tentu anda berfikir, sekurang2nya berfikir secara serius… macam baca paper…. atau baca fesbuk….. bukan kita nak ambil pusing pun sangat apa yang kita baca. Bila anda mula menulis, anda sebenarnya mula berfikir. Bukan sekadar berfikir, tetapi mula berfikir dengan serius.. mendalam. Setiap perkataan dan ayat yang anda nak taip, anda kena fikir dulu…apa maksudnya… kenapa nak tulis macam itu dan apa kaitannya dengan kajian anda….SETUJU ? Ada tak orang menulis tanpa berfikir? Ada juga. Tapi kalau menulis tanpa berfikir tu namanya surat layang…..
Anda tulis tesis bukan surat layang…. Bila anda mula berfikir dengan serius dan mendalam, banyak lah persoalan baru yang timbul, banyaklah pengetahuan yang anda tambah…. semakin banyak yang anda tulis, semakin banyak yang anda tahu dan makin banyak pula yang anda tak tahu dan ingin tahu…. dan proses ini berterusan sehingga anda benar2 dapat menguasai bidang kajian anda dan DALAM MASA YANG SAMA TESIS ANDA JUGA AKAN TURUT PROGRES! Bukankah ini yang anda mahukan?
Bila anda menulis, otak anda akan jadi kritis….. mula belajar menganalisis... mensintesis. Sebab itu saya paksa peserta bengkel menganalisis dan mensintesis dengan aktiviti yang disediakan sambil menyaran "JUST DO IT" ! Inilah rahsia kedua yang tidak dapat difahami oleh kebanyakkan postgraduates master sebab mereka maybe belum alaminya sebelum ini. Tapi sedikit hairan, pelajar PhD pun sering abaikan aspek ini wpun mereka pernah menulis tesis. Kenapa? Sebab semasa membuat tesis masterpun mereka tak tahu dan sedar kepentingan menulis lebih awal. Betul tak? Kita jumpa lagi dalam rahsia ketiga…. OT Anda mungkin juga meminati:

Tajuk 96: Ulasan PROBLEM STATEMENT 2

Berikut adalah komen ./ ulasan bagi pernyataan masalah kajian 2 bagi Tajuk 95:
Constructive animation for enhance strudents’ conceptual change in Electrochemistry Othman Talib (2005)
Statement of Problem Science education in Malaysia in general has been in the limelight mainly due to the many negative testimonies on the outcomes of science learning. Reports done by the Examination Syndicate Ministry of Education Malaysia regarding the chemistry performance in the Malaysian Certificate of Education examination for example, found that most students failed to acquire basic conceptual understandings (MOE, 2004a) and had problems with analyzing abstract processes and failed to classify, synthesize and evaluate information.
[Ulasan : Secara umum dalam pendidikan sains wujud masalah pelajar gagal menguasai basic conceptual understanding in science, dengan citation dari MOE]
Specifically in chemistry education, one of the current aims of teaching chemistry in Malaysia is to provide students with the knowledge and skills that would enable them to solve problems from specific types of calculations to open-ended situations. However, the latest findings of the SPM Performance Report 2003 (MOE, 2004a) by the Examination Syndicate regarding the chemistry performance in the Malaysian Certificate of Education examination are incongruent with this aim. It was found that the “majority of candidates did not understand and master the concepts of chemistry” (MOE, 2004a, p.14). In particular, the report found weaknesses in the answering of electrochemistry-related questions and concluded that the majority of candidates failed to acquire basic conceptual understandings (MOE, 2004a).
[Ulasan: Lebih khusus dalam pendidikan kimia, wujud masalah yang sama, dengan citation dari laporan dari MOE]
In addition to the weaknesses reported by the Examination Syndicate, a study by Che Lah and Loke (2004) revealed that secondary students in Malaysia have difficulties in proper understanding of abstract electrochemical processes, such as: 1. Students think that two different metals are used in a galvanic cell because they have different electrical charges. 2. Students know that electrons should be written in half-equations but do not know how to write the equation. 3. Students are confused when identifying an electrode as anode or cathode.
[Ulasan: Lebih khusus lagi dalam tajuk yang terlibat dalam kajian, ada kajian tempatan menyatakan masalah yang sama.
Ini menguatkan masalah itu memang benar2 wujud]
[INGAT…. Kajian tempatan SANGAT PENTING bagi menggambarkan konteks sebenar masalah yang anda akan kaji]
From the perspective of teaching, recent research by Daud (2003) revealed that a majority of chemistry teachers in Malaysia use the direct transmission approach to explain and draw electrochemical cells, whilst students passively listen and take notes. He stated that there were cases where chemistry teachers tried to cover the syllabus as quickly as possible in order to give more attention to tackling examination questions. These views are consistent with those of Hutchinson (2000, p.3), when he claimed that in general, chemistry in the United State of America is taught to students mostly based on “expository and explanatory statements of concepts and applications…clearly the pervasiveness of traditional approach.”
[Ulasan: Dari aspek pengajaran (kerana kajian ini berkaitan pengajaran) masalah kelemahan memahami konsep disumbangkan juga oleh pendekatan pengajaran oleh guru, bukan sahaja dari bukti kajian tempatan malah ada citation luar negara juga]
Therefore in such situations, the implementation of constructivist strategies for conceptual change in teaching and learning science through animation which emphasizes an active search for meaning and understanding by individual students is crucial in the context of Malaysian science education system. By doing so, students are engaged in learning that involves them in constructing personal meaning for conceptual change of the subject matter.
[Ulasan: Setelah anda mengemukakan masalah…. Jeng jeng jeng….. tiba masanya anda mengemukakan cadangan anda dengan ayat “Therefore in such situations, the implementation of constructivist strategies for conceptual change in teaching and learning science through animation……..”]
Kesimpulan: · Pelajar sains secara umum gagal menguasai konsep asas sains · Pelajar kimia secara khusus gagal menguasai konsep eletrokimia · Guru amalkan direct transmission maka pelajar yang pasif

Tajuk 94: Contoh PROBLEM STATEMENT 1

Satu masalah utama dalam BAB 1 adalah penulisan Pernyataan Masalah. Pelajar sering gagal menyatakan apakah sebenarnya masalah yang dikaji sehingga tidak meyakinkan keperluan kajian tersebut dijalankan. Sukar untuk mengajar bagaimana membuat pernyatan masalah kecuali dengan memberikan contoh yang sesuai.
Berikut saya sertakan contoh pernyataan masalah. Sila perhatikan ayat yang bergaris.....
Kajian 1
EFFECTIVE CLINICAL TEACHING AMONGST NURSE TEACHERS IN TERENGGANU NURSING COLLEGES By: Ong Swee Leong & Othman Talib (2009)
Problem Statement The quality of nursing care has been debated since at least the 1980s. An extensive literature and research reports describe a variety of interventions and methods to improve the quality of care (Kristina & Marita, 2001). These include polish the education system, particularly the clinical practice. Lee (1996) said that although clinical education has been acknowledged as being the 'heart' of all nursing education programs, but the role of the clinical nurse teachers in relation to the clinical learning experience of the student nurse is still an area of long-standing confusion and dispute. This unresolved problem has led to the lack of a concerted effort in the provision of educational input in the clinical area and the quality of patient care is indirectly being affected. To cater the changing need, unqualified and unprepared clinical nurse teachers had been appointed to teach in the clinical area and this will influence the outcome of learning activity in the clinical area (Lee et al 2002). Therefore to ensure the learning in clinical area is at the maximum patch the effectives of clinical nurse teacher much be carefully consider. Further more since the beginning of the nursing education there has been a perceived discrepancy between what is taught to student nurses in the classroom and what is practiced in the clinical area. This condition will make the clinical teaching become more difficult and more complicated because as what had been claimed by Aston, Mallik, Day and Fraser (2000) in their study explored the role of teacher/lecturer in practice found that despite overt commitment the lecturers were also unprepared, unsupported and unmonitored. Students and clinical nurse teachers had very different experiences and expressed a strong need for a better organized approach which would provide them with consistent and sustained support in the clinical setting by effective clinical nurse teacher. The Australian Nurse Education National Report (Reid, 1994), reported new graduates lacked competence when undertaking clinical work and their perceived lack of competence led to under-valuation of undergraduate nursing programs and claims that despite having satisfied registration requirements, graduates were not adequately prepared for clinical practice. According to three heads of Malaysian Nursing schools, this phenomenon is evidenced greatly among their students. Therefore, the role of clinical nurse teachers must be negotiated seriously between teachers, clinical nurses and students, in order to find the best way to meet the needs of all parties concerned (Mark and Brain 2006). As what had been reported by Mei Kuen (1997) clinical teaching behavior is a critical determinant for quality clinical learning experiences of student nurses. It is believed that a better understanding of the perceptions of clinical teaching behaviors between student nurses and clinical nurse teachers will enhance clinical teaching. Therefore there is a must in exploring the effectiveness of clinical nurse teacher. Clinical teaching and learning has been recognized as one of the most important and necessary parts of any educational process in nursing. However, as a large number of students have to be taught in a wide range of clinical areas where teaching and supervision by nursing staff is not possible, because of their shortage (Kotzabassaki, 1997), many clinical nurse teachers are required which makes clinical teaching very costly. Due to scarce with financial resources, the number of clinical nurse teachers is not adequate. Unlike Malaysia, clinical nurse teachers are much needed in the service side hence scarcity is not due to lack of financial but allocation of tasks. With the current nursing shortage and the increased number of students need experiences, the nurses without formal supervisory training and/or without extensive clinical experience will be assigned as clinical nurse teacher Then this could lead to clinically incompetent students graduating from the program and caring our sick out there. Therefore, if the quality of clinical education is to be maintained, clinical nurse teachers must be as effective as perceived by the clinical students. OT

Tajuk 83: Literature Review - 6: Masa untuk menulis secara KRITIS ! (DR OT)

Setelah berehat seketika..... masa untuk menulis sorotan literatur ! Sampai masa untuk menulis secara KRITIS sorotan literatur anda. Kritis bermakna anda menulis dengan menganalisis dan mensintesis apa yang anda baca,
Katakan tajuk working title anda berkaitan: PEMBINAAN BAHAN PENGAJARAN MULTIMEDIA UNTUK PENGAJARAN SAINS SEKOLAH MENENGAH
Langkah 1: Kumpul bahan Mengumpulkan artikel yang berkaitan dengan tajuk dan skop kajian anda. Katakan anda berjaya mendapatkan tiga artikel yang sesuai.
Berikut adalah tiga artikel yang anda dapati memenuhi matlamat anda. Berikut saya ringkaskan sahaja: (i) The main objective of this study is to design a learning courseware based on learning style for form 6 science students using ADDIE model. Result of previous research shows that learning style strategy is important to enhance learners’ attention. Therefore designing a learning courseware should fulfil diversity of learning style. (Norliza, 2008) (ii) The using of 3D virtual learning is relatively new learning science. However, 3D virtual environment will provide opportunity to visualize abstract and dynamic science concepts (Widyawati, 2010) (iii) Dapatan dari kajian ini membuktikan bahawa pembelajaran berasasakan laman sesawang telah menyediakan satu persekitaran pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Pengalaman yang menyerokokkan ini telah Berjaya meningkatkan motivasi subjek (Rahayu, 2009)
Langkah 2: Analisis bahan Membaca dengan tujuan menganalisis. Katakan anda ingin mencari ciri-ciri yang sesuai bagi membina perisian multimedia anda, maka anda perlu menganalisis artikel yang anda kumpul untuk mendapat maklumat yang anda perlukan. Berikut andalah ringkasan analisis anda:
(i) Petikan 1 1. Membina mengunakan model ADDIE 2. Ambil kira stail belajar pelajar 3. Meningkatkan tumpuan pelajar (ii) Perikan 2 4. Memasukkan elemen 3D 5. Visualkan konsep dinamik dan abstrak (iii) Perikan 3 6. Interaktif 7. Meningkatkan motivasi Langkah 3: Mensistesis ayat anda sendiri Mensintesis bahan yang anda telah analisis dalam bentuk ayat
anda sendiri dengan memasukkan semua 7 isi yang disenaraikan di atas seperti contoh berikut: Pembinaan bahan pengajaran multimedia telah menjadi satu keperluan dalam pendidikan sains. Walau bagaimanapun, keberkesanan bahan multimedia tersebut dalam meningkatkan kefahaman dan motivasi pelajar dalam mempelajari sains terus menjadi persoalan. Oleh yang demikian, bagi memastikan keberkesanan bahan pengajaran multimedia, pembinaannya hendaklah diasaskan kepada model pembinaan teknologi pengajaran seperti Model ADDIE. Langkah pertama mengikut Model ADDIE adalah analisis keperluan pelajar. Satu aspek penting dalam menganalisis keperluan pelajar adalah faktor stail belajar. Ini kerana guru dapat mengoptimumkan keberkesanan pengajaran jika bahan pengajaran multimedia yang dipersembahkan menepati stail belajar (2) pelajar yang berbagai (Norliza, 2008). Peringkat kedua model ADDIE adalah peringkat pembangunan yang perlu mengambilkira unsur terkini seperti persekitaran 3D (4). Persekitaran 3D dapat membantu pelajar menvisualkan konsep-konsep yang dinamik, abstrak (5) dan sukar difahami (Widyawati, 2010) dalam pengajaran sains. Pengajaran sains yang banyak melibatkan konsep-konsep abstrak seperti konsep atom dan molekul sangat memerlukan bahan pengajaran multimedia yang boleh dimanipulasi secara visual (5) dalam persekitaran 3D. Seterusnya pada peringkat ketiga Model ADDIE, rekabentuk bahan pengajaran multimedia perlulah menarik bagi mendapatkan tumpuan (3) pelajar semasa pengajaran sains. Faktor tumpuan ini mempunyai perkaitan dengan peningkatan motivasi (7) sepanjang berlansungnya aktiviti pengajaran sains (Norliza, 2008; Rahayu, 2009). Bukan itu sahaja, ciri-ciri interaktif (6) perlu dibangunkan bagi meningkatkan tumpuan pelajar disamping memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan (Rahayu, 2009). Perhatikan: 1. Anda tidak perlu copy and paste mana-mana ayat dari petikan, tulis jer ikut pemahaman anda.
Yang penting..... tulis dan sertakan sumber rujukan anda. 2. Perhatikan ayat yang KONSISTEN seperti bahan pengajaran multimedia walaupun tidak digunakan lansung dalam mana2 sumber rujukan yang anda petik, istilah tersebut adalah istilah anda, istilah untuk kajian anda. JANGAN TAKUT menggunakan ayat anda sendiri secara konsisten selagi anda nyatakan sumber rujukan kepada isi / idea yang anda petik. Teruskan menulis dan menulis dengan isi yang anda analisis dari petikan. 3. Perhatikan anda memasukkan semua isi-isi ( 1 - 7) dengan stail penulisan dan kefahaman TANPA terikat dengan ayat dari petikan. Barulah pembaca membaca "ayat anda sendiri" dan "terdengar suara anda" dalam sorotan literatur anda. 4. Hanya dengan petikan 3 artikel secara ringkas sahaja, anda telah boleh menulis EMPAT perenggan dalam sorotan literatur anda. Bayangkan jika ada 100 rujukan lengkap ! 5. JANGAN menulis seperti membuat sebuah laporan sebab sungguh MEMBOSANKAN dan menjadikan anda sebagai seorang yang hanya meringkaskan kajian terdahulu. Ramai pelajar suka menulis seperti: Noliza (2008) menyatakan bahawa....Ini disokong oleh kajian Rahayu (2009). Widyawati (2010) menambah bahawa....Seterusnya Norliza (2008).... Rahayu (2009) menegaskan bahawa.....Kajian ini selari dengan kajian Widyawati (2010).... Akhirnya yang ditulis adalah ringkasan kajian lepas.... bukannya kajian anda yang menjadikan kajian lepas sebagai sokongan....kerana suara anda tidak kedengaran dalam sorotan literatur ! Kalau setakat meringkaskan kajian lepas "student form five pun boleh buat" ..... betul tak....

Tajuk 14 - Menulis LR dgn kritis... (DR OT)

Hello bro.... cer ko baca satu paragraph ni..apasal SV aku kata tak kritis... amender yang kritis tu bro? La.... ko tulis " Ali (2009) menyatakan ciri-ciri multimedia... Sementara itu Siti (2007) menambah satu lagi ciri animasi dengan multimedia iaitu.... dan John (2008) memberikan satu lagi ciri hipermedia...." Kenapa? Tu macam meringkaskan kajian lepas jer....masing2 dgn terminologi masing2... yang ko main cantum jer dalam satu paragraph... byk ko punya ensem.... kritis tu bukan macam tu..
Abis? Ko kena analisis artikel2 ko tu dgn cari point yang conceptualnya sama dengan kajian ko dan bahan yang ko analisis (maksudnya yang ko ekstrak dari artikel) perlu ko sintesis atau combine dalam ayat ko sendiri, bagi idea ko sendiri dan bahasa ko sendiri.... dalam konteks kajian ko.....barulah kritis... Meh aku artikel tersebut. Katakan ko analisis 5 artikel dan dapati isi berikut yang perlu ko sintesis....berkaitan dengan LR ko utk nyatakan ciri-ciri bahan multimedia yang boleh membawa kepada kefahaman pelajar... Ali (2009) Perisian multimedia perlu memenuhi keperluan pelajar dengan berbagai stail pembelajaran Siti (2007) Animasi komputer berpotensi menghasilkan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan Tan (2010) Perisian komputer interaktif terkini dibina berdasarkan teori kognitif multimedia Mayer (2009) Chee (2009) Pembelajaran multimedia dibina berasaskan teori konstruktivis John (2008) Persekitaran 3D menyediakan peluang visualisasi, interaksi dan eksplorasi konsep abstrak seperti konsep sains Ko perlu mensintesis kelima-lima isi dari petikan di atas menjadi sebahagian sorotan literatur terhadap ciri-ciri bahan multimedia yang ingin ko ingin dibangunkan supaya menyokong ke arah meningkatkan kefahaman pelajar. Mensintesis tu camner bro? Mensintesis tu bermaksud menulis semula dgn ayat dan perkataan ko sendiri secara mencantumkan (makna sintesis) konsep2 yang sama dari artikel yang ko sintesis dan dengan cara itu juga akan menghasilkan sorotan literatur yang konsisten dan koheren dgn kajian ko sendiri dan seterusnya membawa pembaca memahami kaitannya dengan kajian walaupun dalam konteks asal artikel, berbagai-bagai terminologi yang berlainan digunakan (perkataan bergaris) tetapi secara conceptualnya adalah sama dgn kajian ko. Kalau ko dah analisis dan sintesis... maka artikel2 yang ko rujuk tu tidak lagi dibincangkan secara terasing lagi tetapi disintesis dalam konteks kajian ko... barulah ko dikatakan kritis dalam menulis LR.... OOO...cam tu ler pulak... Berikut contoh ayat yang konon2nya ko dah sintesis sesuai dengan kajian ko yang berkaitan dengan pembinaan bahan multimedia bagi meningkatkan kefahaman pelajar: "Pembinaan bahan multimedia telah menjadi satu keperluan dalam pendidikan sains. Walau bagaimanapun, keberkesanan bahan multimedia dalam meningkatkan kefahaman pelajar terus menjadi persoalan. Kajian lepas menyarankan perlunya bahan multimedia mempunyai ciri-ciri seperti persekitaran 3D (John, 2009), interaktif (Tan, 2010), animasi (Siti, 2007) serta mengambilkira stail belajar pelajar yang pelbagai (Ali, 209). Aplikasi teori konstruktivis pula hendaklah menjadi asas pembinaan bahan multimedia (Chee, 2009) kerana penekanan kepada aspek kognitif dalam persembahan bahan multimedia telah dibuktikan keberkesanannya oleh Mayer (2009) daslam meningkatkan kefahaman pelajar. Oleh itu, kajian ini akan memberi fokus kepada pembinaan bahan multimedia dengan ciri-ciri konstruktivis yang kemudiannya dibina dalam persekitaran 3D. Ini selari dengan saranan John (2009) yang menegaskan bahawa pembinaan bahan multimedia dengan persekitaran 3D berupaya menvisualisasikan konsep abstrak dalam pembelajaran, sekaligus memudahkan kefahaman pelajar" Bila ko baca ayat di atas, tak der ler macam ko meringkaskan karangan atau spt membaca buku teks .... tapi seperti mendengar ko berkata2 kepada pembaca..... siap dengan idea ko, diselit dengan penegasan ko sendiri dengan sokongan citation yang mantap....semua ditulis secara konsisten dalam konteks kajian ko... iaitu menggunakan keyword bahan multimedia dan kefahaman pelajar wpun keyword tersebut LANSUNG TAK ADA dalam petikan artikel asal yang ko analisis sebelum ko sintesis !! Tu macam senanglah bro.... Apsal tak ada orang ajar aku.... tu yang aku main taram jer.... he he. SV komen jer tak kritis..... entah apa yang tak kritis akupun tak tahu...... nasib baik ko tunjuk kat aku....
Sekarang ko percaya betapa senangnya menulis LR secara kritis dengan syarat ko mampu membuat analisis dan sintesis..... dalam konteks kajian ko sendiri...........jadi jgn fening dgn perkataan yang bermacam2 dalam artikel asal asalkan konsepnya sama dgn konsep kajian yang ko buat. Jika ko kutip semua perkataan yang berbagai2 dalam artikel asal... bukan ko saja fening.. pembaca ko pun akan muntah !! Abis bukan ker kritis tu mengkritik kajian orang lain? Banyak ler ko punya kritik. Ko sendiripun tak faham kajian ko lagi.... baru nak blaja tulis literature review...merangkak-rangkak ...ada hati nak kritik kajian sifu2 yang di published dan di reviewed dalam artikel2 scorpus tu.....? Minta maap ler bro... Jadi...? Bagi LR, ko perlu menulis secara kritis bukan mengkritik ler.... Wokey.... tima kacih atas nasihat ko yang kritis tapi tak mengkritik....

Tajuk 4: How significance is your research / study? (BLOG DR OT)

Bro.... apakah faktor yang menjadikan sesuatu kajian tersebut signifikan untuk dijalankan? Kenapa ko tanya? Sebab ramai pelajar siswazah mendakwa kajian mereka signifikan kerana akan "dibaca" oleh pembuat dasar dan seterusnya akan mempengaruhi dasar kerajaan dalam isu yang dikaji.
Betulkah begitu? Aku nak tanya - Adakah ini termasuk dalam objektif kajian ko? Adakah ini juga motif ko membuat kajian ko? Tak adalah bro.... abis SV aku kata lebih kurang cam tu.. Biar aku jelaskan sikit.
Pertama, apabila ko membuat kajian, tesis ko tu adalah sebahagian pra-syarat mendapatkan ijzah sarjana atau PhD, sebagai bukti kesarjanaan ko (scholar) yang disyaratkan oleh institusi tempat ko belajar. Emmm.... betul-betul... Ini bermakna, menghasilkan tesis adalah satu pra-syarat mendapatkan ijazah. Tesis atau disertasi ini dihasilkan bertujuan menambah pengetahuan ko dan sebagai sumbangan kepada "the body of knowledge" dalam bidang kajian ko lalu memberi ruang mengisi gap yang ada. Jadi? Jadi ko tak buat tesis atau kajian untuk dibaca oleh pembuat polisi. Ini bukan objektif kajian pun.Dan tak ada usahapun kearah itu walaupun seinci. Selepas viva, ko lulus dan thesis ko disimpan dalam pusat sumber atau sebahagiannya diterbitkan sebagai artikel sebagai sumbangan kepada "body of knowledge".
Aku tak caya lah.... Cuba ko fikirkan ini. Agak "lucu" juga membaca kajian yang hanya dilakukan contohnya dgn analisis deskriptif atau inference yang sempoi2 dgn soal selidik ringkas dan sample yang terhad dan adakalanya secara convenience pulak, dikatakan signifikan utk dirujuk oleh kementerian itu dan ini serta pakar utk mengubah polisi itu dan ini.
Aah bro... memang ler lucu.... So, tunjukkan aku satu sahaja artikel bertaraf ini yang telah mengubah mana-mana polisi dari ratusan ribu thesis dan artikel yang telah dihasilkan. Apa yang berlaku adalah pengikhtirafan yang ko perolehi selepas mendapat ijazah utk menjadi bakal seorang "pakar". Jadi jgn malukan diri ko dgn statement thesis ko boleh mengubah polisi itu dan ini sebab kajian ko tak menyeluruh dan belum sampai makam utk tujuan tersebut....jika benarpun ada impak.... maybe ko kupas dalam implikasi kajian... itupun ko jgn lebih2 tulis benda yang ko tak buat !! Atas asas inilah aku berpendapat dan lebih cenderung kepada perkara berikut yang menjadikan kajian anda signifikan dilakukan.
Pedia bro? Aku berpendapat kajian ko signifikan dijalankan kerana ia memberi objektif asas menjalankan kajian iaitu "contribution to the body of knowledge" iaitu menambah pengetahuan dalam bidang tertentu dengan mencapai salah satu perkara berikut iaitu kajian ko: membina model / instrumen / alat / modul yang valid dan reliable menguji keberkesanan model / instrumen / alat / modul dalam konteks baharu / dgn penambahan mediator atau moderator yang sebelumnya tidak dilakukan mengembangkan model / instrumen / alat / modul dengan penambahan variable baharu memperbaiki instrumen (soalselidik, inventori dll) dengan peningkatan reliability, validity memperbaiki instrumen (soalselidik, inventori dll) dengan peningkatan reliability, validity melalui penilaian semula dengan pendekatan lain spt Rasch Model atau menggunakan Factor Analysis bukan sekadar nilai alpha Cronbach saja memantapkan lagi metodologi kajian terdahulu dgn prosidur lebih komprehensif / mixed method melaksanakan triagulasi data, sample, method pada dapatan kajian kualitatif dengan menambah data baharu atau menganalisis menggunakan perisian spt ATLAS.ti memberi penjelasan lebih terperinci kepada sesuai isu dengan menjalankan kajian yang lebih mendalam menggabungkan beberapa teori / prinsip bagi mendapatkan hasil kajian yang komprehensif meneroka bidang baru / menguji variable baharu memberikan alternatif kepada penyelesaian masalah semasa advancement kepada teori sedia ada bagi membina simulasi / produk yang lebih effective / effisyen Ko tambah ler sendiri....
Ko pilihlah mana2 di atas yang ko lakukan dan huraikan bagaimana ia memberi signifikan sehingga kajian ko penting untuk dilakukan.... Baru aku faham maksud ko.... Emmm.... memang ko ini slow sgt.... Cukuplah 12 perkara aku terfikir yang boleh menjadikan kajian ko penting dan signifikan untuk dilakukan. Alasan di atas lebih "logik" dan "munasabah" untuk merasionalkan signifikan kajian ko berbanding untuk membantu polisi makers kerana ianya bukan objektif utama keperluan membuat tesis dan hal tersebut hampir2 tak berlaku. Ingat, thesis ko apabila siap akan disimpan di dalam library dan pusat sumber untuk rujukan bagi kajian2 seterusnya.... Abis tak gunalah buat kajian cam tu....? Sapa kata tak guna.
Thesis tersebut memberi ko pengalaman dan pengetahuan membuat kajian secara sistematik. Thesis sebagai bukti ko ada pengetahuan dan sedang membina kepakaran. Keadaan ini berbeza jika ko diberikan geran bagi menyelidik sesuatu isu dan mencari jalan penyelesaiannya oleh pihak tertentu. Hal ini terjadi apabila ko telah ada kepakaran menjalankan kajian dan biasanya dilakukan secara kolaboratif dan berkumpulan. Jadi, selesaikan dahulu tesis then ko akan menjadi policy maker pula....dan masa ko SURE ko tak pergi ke mana2 IPTA nak rujuk mana2 thesispun....cayalah....dan kalau ko pergipun IPTA, ko jumpa lecturer yang "pakar" utk buat kajian bersama, bukan pergi rujuk thesis pelajar master / Phd !! Aisey..... logic gak tu..... jadi aku akan modify ler kesignifikan kajian aku bro.... Emmmm..... OT

RINGKASAN 10 PANDUAN MENULIS THESIS DENGAN CEPAT (DR OT)

1. DOCUMENT MAP/ NAVIGATION PANE - Untuk menulis thesis, kita tak digalakkan mengunakan MC Word sebenarnya. Thesis bukan macam penulisan biasa kita buat dari zaman sekolah, diploma atau Degree. So menurut Othman Talib (penulis buku), menggunakan aplikasi Document Map (MS Word versi 2007 dan terawal) atau Navigation Pane (MS Word versi 2010 dan 2013) adalah suatu kemestian dalam menulis thesis. Aplikasi sedemikian membantu kita untuk menyiapkan thesis dengan cepat dengan penggunaan teknik seperti One File One Thesis (OFOT), Copy-Paste-Rephrase (CPR), Write and Cite While You Read(WCWUR), dan Do It Right Do It Once (DIRDO). Kemahiran ini termasuklah kita guna apps Reference Manager like Mendeley untuk terus menulis petikan (citation) and bibliografi dalam thesis you alls, okay? Nak tahu lebih lanjut, beli buku si penulis. =D
2. ARTIKEL RINTIS DAN TEKNIK PENGHIBRIDAN - So next, lepas you alls master Document Map atau Navigation Pane, kita move on kepada artikel rintis. Apa itu artikel rintis? Menurut apa yang aku baca, artikel rintis ni means few of articles yang hampir dengan research yang you alls plan nak buat. Bahagian rujukan artikel-artikel ni enables you guys untuk melakukan pencarian artikel lain secara bola salji (snowballing) dalam bidang yang sama lah. Let say you guys ada 3 artikel rintis yang berbeza dari segi reka bentuk kajiannya, so apa yang anda boleh buat adalah kacukkan atau hibrid kan teori yang berbeza yang ada dalam artikel ni. Teknik penghibridan like this akan menghasilkan satu kajian "baru" yang boleh menjadi jurang penyelidikan dalam bidang yang dikaji dan seterusnya menyumbang kepada pengetahuan dalam bidang tersebut. So the best advise is , ELAKKAN DARIPADA MENETAPKAN TAJUK KAJIAN ANDA TERLEBIH DAHULU, TAPI MULAKAN SENGAN PENCARIAN ARTIKEL RINTIS. Get it?
3. TEKNIK FORESEE - Teknik foresee (ramalan) ni requires you guys untuk buat jadual merentas bab. Maksudnya, jadual dimulakan dengan persoalan kajian, then followed by strategi mendapatkan skor dan instrumen yang digunakan. You should decide what variables and scales you'll use. Nak tahu lebih lanjut? View more via http://www.tulis-tesis-cepat.com .
4. TEKNIK ROT - Research Operational Template (ROT) adalah sebuah template di mana anda boleh gunakan untuk membina research framework dengan mudah, kata Othman Talib. After you guys menulis dan membaca lebih banyak, maka korang akan mendapat idea yang lebih jelas. So what you should do is membina kerangka kerja ( RESEARCH FRAMEWORK). So, by using this ROT, templat ni just need one page only! So easy , right? You alls boleh semak research framework korang bagi mengesahkan aliran penyelidikan and sekaligus menentukan ketepatan dan tahap kajian yang akan korang lakukan.
5. ZERO DRAFT OF THESIS - Asas penulisan penyelidikan doesn't mean kita kena tunggu siap satu bab baru masuk bab seterusnya. No! Kerja macam ni makan banyak masa kita taw.. (Cehh, cakap macam aku pernah tulis thesis!) Hahahaa.. Okay, membaca dan menulis petikan from artikel-artikel yang korang dah kumpul through Mendekey tadi sangat mudah kalau guna Zero Draft of Thesis (ZDOT) coz penulisan boleh dilakukan serentak untuk semua bab. Let say usually student takes almost 6 months to finish 3 chapters of cadangan penyelidikan, dengan ZDOT you guys boleh siapkan tak sampai 2 bulan pun. Wowwww..!! It means that ZDOT boleh siapkan 3 bab bagi cadangan anda serentak, and anda akan menghasilkan manuskrip dengan cepat lagi efisyen, malah mengikut kronologi dan aliran yang betul. See? Awesome!
6. BLOK MASA - Untuk menyiapkan sesebuah thesis kita kena disiplin. Disiplin dari segi masa! Dr. Othman Talib mencadangkan supaya kita blok 6 jam (pagi ke petang) untuk membaca dan menulis, bukannya 2 jam untuk 3 hari. Let say kita busy. Make sure kita settle dulu segala urusan kita, then reserve 1 hari untuk stay back di library or mana-mana tempat yang kondusif for 6 hours. Mendapatkan fokus adalah penting okay? Supaya kita dapat kaitkan idea-idea yang kita baca. I think bukan masa nak buat thesis baru kita boleh praktikkan soal pengurusan masa ni. Untuk siapkan assignment pun kita patut buat sedemikian.
7. TENTUKAN MATLAMAT - Thesis perlu disiapkan dalam jangka masa yang diberikan. So apa-apa pun kita mesti pasang target atau matlamat. Perancangan dari segi masa untuk membentangkan proposal, menjalankan kajian, kumpul data, analisis data dan penulisan dan pemantapan thesis mesti kena yang terbaik.
8. BE REALISTIC - Reminder for myself, THESIS BUKANLAH SEGALA-GALANYA. Disebabkan excited sangat nak buat thesis, jangan kita buat kajian yang pelik-pelik dan luar biasa pulak. "Something rare" katanya. Nampak macam hebat, tapi kalau gagal dijalankan dengan baik, sampel frame mengarut-ngarut, data tah hape-hape, teori tak mantap, tak cukup instrument untuk adapt dan adopt, baik lupakan! Kajian yang biasa-biasa tapi kalau dijalankan dengan sistematik dan komprehensif, actually jauh lebih baik. So, jangan terjerat dengan keterujaan untuk membuat thesis, okay?
9. UBAH DIRI ANDA, BUKAN SUPERVISOR - Setiap penyelia ada cara penyeliaan tersendiri. We are nobody to change other people, so let's change ourselves first! Nak jadi student PhD ni bukan senang, kita kena bergerak pantas, banyakkan membaca, mencari artikel, menulis dan menguasai kajian kita, jangan tunggu penyelia kita baru nak buat, ibarat pahat dengan tukul. Tugas penyelia cuma beri panduan, mewajarkan dan mengesahkan kerja anda. Let say kita tak kuasai kajian kita sendiri, that's why banyak fenomena kita nampak penyelia arahkan itu dan ini, termasuklah buat something di luar bidang pengetahuan dan minat kita. So mulai sekarang aku akan cuba bersikap seperti the real PhD student, bukan Bachelor student.
10. SENSE OF URGENCY dan PROCASTINATION - Lecturer aku selalu pesan, kita kena ada sikap kesegeraan (sense of urgency), bagi menggantikan sikap saat-saat akhir (sense of last minute). The sense of urgency akan mengarahkan otak kita membuat sesuatu seperti kita akan mati esok. Fuyoooo!! Kalau semua orang ada sense macam ni, tak payah tunggu buat Doctorate, masa buat Degree pun tak akan timbul masalah assignment tak siap, then buat muka kesian depan lecturer mintak simpati. Sense of last minute yang kengkadang aku pun terjerat selalu bagi kita justification bahawa, "Alarr, lambat pun siap jugak. Relaks arghh.." Nak jadi penyelidik kita jangan ada penyakit "kaki-kaki" ni, iaitu kaki lengah, kaki ketuk, kaki suap, kaki Facebook. Haahhh, kalau kaki blogger macam aku ni pulak agak-agak kategori macam mana? Hikhikhik... So ini semua adalah penyakit berlengah-lengah (procastination), yang bakal memudaratkan diri kita dan percayalah! Kita tak layak jadi penyelidik kalau dari sekarang ada sikap suka bertangguh dan berlengah ni.
So, kesimpulannya, walaupun buku ini hanya namun cukup memberi aku gambaran bahawa thesis itu memerlukan ketekunan, ketabahan dan kesabaran nak buatnya. Bukan semua orang target nak amik PhD. Akan datang aku pun belum tentu sambung PhD. Niat tu ada. Insha Allah boleh. So kawan-kawan sekalian, maklumat di atas tidak semestinya hanya untuk student PhD jer taw. Boleh lah aplikasi mana yang sesuai. ^_^