Wednesday, 24 February 2016

Master / PhD dan ICU ....from dr ot

saja copy dr blog http://drotspss.blogspot.my/ mengenai tajuk-tajuk yang saya suka ....minat dengan cara dr ot sampaikan....mudah dan jelas.....tq dr ot Menjadi seorang calon master / PhD yang juga seorang scholar bukan mudah. Anda terpaksa membaca bermacam2 sumber terutamanya artikel dari journal. Membaca jurnal yang berbagai-bagai style dan approaches sudah cukup memeningkan. Aku nak perkenalkan ICU - IDEA, CONCEPT and UNDERSTANDING !! Menulis thesis terutamanya LITERATURE REVIEW perlulah 3C - clear, consistent dan coherent. Bagaimana nak laksanakan 3C jika semua artikel guna terminologies, approaches, context, samples hatta methodology yang berbeza2? Bagaimana nak “masukkan” semua material yang berbeza –beza tersebut dalam penulisan thesis supaya clear, consistent dan coherent? Sila baca perlahan2… 1. Sbg permulaan anda mesti baca artikel dari genre atau bidang yang sama. Jika anda buat kajian pasal multimedia dalam pendidikan, hanya kumpul dan baca artikel multimedia dalam pendidikan, bukan multimedia dalam filem atau multimedia dalam komputer sains!! Jika anda baca juga multimedia dalam filem dan komputer science – confirm anda masuk ICU! 2. Wpun anda baca tajuk multimedia dalam genre / bidang yang sama, masih terdapat pelbagai cara penulisan, approach, school of thoughts, context kajian dll yang berbeza-beza… betul tak? Abis camno? Masa inilah anda perlu open minded dan apply ICU - IDEA, CONCEPT and UNDERSTANDING 1. IDEA Apabila anda mula membaca artikel2 berkaitan kajian multimedia dalam pendidikan…. anda kena captured the main IDEA mengapa multimedia diperlukan dalam kajian pendidikan. IDEA ini adalah “the whole picture” bagaimana multimedia diapplikasikan dalam pendidikan. IDEA atau the whole picture ini adalah idea keseluruhan yang menggabungkan keseluruhan idea utama dalam kajian multimedia dalam pendidikan yang dibincangkan dalam artikel2 yang anda baca. Contohnya setelah anda membaca artikel, anda dapati terdapat kajian multimedia dalam pendidikan melibatkan (i) berkesanan multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran (ii) pengurusan multimedia (iii) pembinaan bahan multimedia (iv) bagaimana maklumat dari persembahan multimedia diproses. Inilah empat IDEA main stream yang perlu anda sedari terlebih dahulu. Jadi fokus anda selepas itu hanyalah kepada satu sahaja IDEA yang related dgn apa yang anda nak buat…. contohnya kepada multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran. Fokus dulu artikel yang berkaitan dgn main IDEA utama ini... jgn anda campur aduk dgn idea2 lain... nanti anda yang termenung sendirian.... Jadi menguasai IDEA utama ini penting supaya anda menguasai perbincangan dan isu melibatkan IDEA utama ini yang menjadi fokus dalam penulisan tesis anda… 2.CONCEPT Selepas anda menguasai IDEA utama spt di atas..…. Anda akan dapat perbagai concept / theory yang diutarakan berkaitan IDEA tersebut. Bayangkan ada 15 theoris yang berkaitan dgn multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran sahaja…. dari teori modality, dual coding, CLT, spatial… sehinggalah contiguity theory yang dibahaskan oleh nama2 leading author dalam bidng multimedia spt Sweller, Mereno, Mayer , Lowe… Jadi anda sendiri kena pilih konsep yang paling sesuai dengan kajian anda tersebut… sama ada satu theory atau gabungan beberapa theories. Kemudian fokuskan pula pembacaan kepada thoery2 ini…. 3. UNDERSTANDING Setelah anda kuasai 1. dan 2. di atas…. anda dah mula mempunyai fokus utk membaca secara mendalam setiap artikel yang releven…. dan mula membina kefahaman yang menyeluruh berkaitan dgn segala aspek yang anda nak gunakan dalam penulisan tesis – latar belakang kajian, terminology yang khusus, operational definition, variables yang anda nak pilih, method dan analisis data yang lazim digunakan (supaya anda boleh upgrade dalam tesis anda), mendapatkan “what else need to be done”, cadangan kajian masa depan dari artikel2 yang anda baca yang berkaitan dgn IDEA multimedia dalam pengajaran dan pembelajaran dan CONCEPT yang menjadi fokus kajian. Dgn ini akan lebih mudah anda nak buat theoretical dan conceptual framework. Kesimpulan Selepas anda melalui ICU, pilihlah terminologi kajian anda dari IDEA dan CONCEPT yang anda baca…. dan menggunakannya secara CONSISTENT dalam thesis anda. Malah dgn pemahaman (UNDERSTANDING) yang perolehi…. Anda boleh merge mana2 terminologi atau theories yang hampir2 sama dgn satu teminology atau theori sahaja…. yang anda gunakan dalam tesis anda supaya consistent. Misalnya anda guna istilah “e-learning" dalam tesis wpun artikel menggunakan istilah web-based instruction, mobile learning, internet learning, LMS, computer-aided instruction dll asalkan semuanya menepati IDEA dan CONCEPT "e-learning" yang anda bawa dalam kajian anda ! Malah anda perlu gunakan "e-learning" secara consistent merentasi semua artikel yang anda baca yang membawa konsep yang sama wpun terminology yang digunakan dalam artikel tersebut berbeza2... Tanpa ICU…. anda akan pening memanjang….. sebab setiap artikel tidak consistent menggunakakan terminology yang sama antara satu sama lain…. jadi anda lah yang perlu bertindak sebagai “moderator’ kajian2 lepas supaya anda boleh menulis thesis anda sendiri, bukan hanya meringkaskan kajian2 lepas. Anda kena “berani” jadi “moderator”… selepas anda membaca semua artikel main stream dan captured main IDEA dan CONCEPT dalam genre kajian anda sendiri lalu memberikan anda UNDERSTANDING….maka teruskan dgn penulisan secara 3C - CLEAR, CONSISTENT DAN COHERENT thesis anda sendiri. Last sekali… aku percaya ramai yang dah buat ICU tapi tak cukup “BERANI” kerana takut salah dan tak confident dgn pemahaman sendiri…. nasihat aku jgn takut bro…. tulis jer asalkan idea anda tak lari dari idea asal... wa cabar lu ! OT

DR OT MY IDOL

Banyak bahan-bahan diblog ini saya ambil daripada blog http://drotspss.blogspot.my/
Banyak membantu pelajar-pelajar master dan phd dalam menyiapkan tesis .....tima kasih dr ot kerana berkongsi banyak ilmu-ilmu bermanfaat.....best bila masuk khusus-khusus yang dianjurkan.......:))))
BENGKEL ANJURAN DR OT: (1) TULIS TESIS CEPAT & PENGURUSAN ARTIKEL MENDELEY (2) PENGENALAN ANALISIS DATA KUANTITATIF SPSS (3) ANALISIS DATA KUALITATIF DGN ATLAS.ti (4) BENGKEL BINA DAN ANALISIS SOAL SELIDIK Ingin anjur bengkel ditempat anda? Email ke: zahinothman@gmail.com

HANDBAGS BERJENAMA

SILA KE BLOG http://mylovelymaes.blogspot.my/

Wednesday, 8 April 2015

TAJUK 187 – BHG 1: RAHSIA MENULIS THESIS YANG TAK PERNAH DIBERITAHU PADA ANDA.

Saya telah dijemput untuk kendalikan bengkel penulisan dan SOROTAN LITERATUR untuk 3 sesi pada minggu depan dan ada beberapa bengkel lagi yang sedang dirancang.
Terima kasih kerana kepercayaan anda. Namun semenjak keghairahan yang memuncak dan meluap2 untuk berbengkel….telah membuat saya terfikir beberapa jenak…. dan membuat rumusan bahawa ada satu rahsia besar yang kebanyakkan postgraduate baru tersedar…..maka saya ingin berkongsi rahsia tersebut yang ramai postgradute tidak sedar. Macamanalak saya tak sedar ni? Tak cayalah ! Manalah saya tahu yang anda tak sedar? Tetapi jangan resah dan gelisah, saya tetap akan beritahu ….. khas untuk pembaca2 blog saya yang setia.... dan bakal2 pembaca blog.
Saya dulupun buat thesis jugak….. tapi saya ghairah sendiri jer… masa buat master dulu bukan sahaja bengkel tak ada, fesbuk, blog, email, hp, internet usah nak cakaplah….. lansung tak wujud di alam nyata mahupun alam maya. Malah dalam cerita Star Wars pun benda2 tu tak wujud lagi apa lagi kat Alor Star….kalau gerek adalah.
Alhamdullillah, masa buat PhD dah ada email…. dan internet… jadilah… La ni….. buka sahaja notebook, ebook, laptop dan Ipad semua ada…. dah tulis campak jer dalam dropbox!! Esok sambung lagi….anytime, anywhere….masa pakai baju hatta sambil makan dalam tupperware pun boleh buat…..Fuuuhhh… bikin gua jeles…. Masa buat master dulu, saya pergi UKM, hari2 fotokopi artikel….kena que, mesin fotostate rosaklah… banyak duit abis ooooo.
Then pergi UM buat “kerja bodoh” yang sama….. duit lagi…. masa lagi…..Bila artikel yang dicari tak ada, minta pulak librarian order…. tunggu pulak 3 bulan… bayar lagi duit. Kalau ada fesbuk atau twitter boleh gak sembang2 sambil meminta simpati....hu hu Bertuah benar pelajar la ni…. semua tersedia depan mata.. Kata ada rahsia… cepat ler… apa dia? Kini tak lagi rahsia, sebab saya akan “belasah” peserta bengkel saya dengan perkara yang sama juga tetapi secara live dan F2F. Siaplah hampa !! Tak tahu F2F? Emmmm…… tak tahu lagi? F2F to maknanya Face to Face ler. Beginilah…… Rahsia Pertama: Menulis tesis adalah satu proses yang saaaaaaangaat panjang dan berulang-ulang-ulang-ulang-ulang. Oleh kerana anda belum betul2 alaminya lagi, maka anda mungkin tak ambil pot perkara ini. Yang ambil pot adalah mereka yang telah terkelepot kerana dah berada dihujung semester.
Jadi anda perlu memulakan langkah pertama penulisan anda secepat mungkin, jika boleh sebaik sahaja anda mendaftar. Sebelum anda boleh menulis dengan baik, kenalah belajar teknik menulis yang paling berkesan, paling cepat dan paling praktikal sebab menulis tesis melibatkan kerja2 editing yang tak pernah abis…… berulang2 kali sehinggalah anda berjaya submit thesis anda... atau anda gugur diperbatasan.... Saya sedar ramai yang tak ada skill ini, sebab mereka berpuashati menggunakan notebook berwarna pink dengan processor Intel-Core Duo yang “powerful tu” macam mesin taip elektrik sahaja.
Mereka ingat guna komputer yang “power tu” sama seperti guna serbuk pencuci “yang power tu” jugak! Jadi bila saya cuba kendalikan beberapa bengkel penulisan bagi memenuhi hajat beberapa pelajar maka ramailah yang mula tersedar lalu "terhenti dari lamunan" akan kepentingan skill ini. Bak kata nenek saya…..better late than never !! atau bak kata Justin Bieber…never say never !!
Jadi (dengan izin) "the sooner you get started with your writing the better changes you to graduate earlier or on time" !! Ironinya, ramai postgraduate buangkan masa satu semester yang awal tak buat apa2 dengan alasan tak ada tajuk lagi, tajuk dah ada tapi belum konpom, mood belum mari, baru nak sesuaikan diri, belum ngam dengan advisor, jurnal tak jumpa, teori belum ada, SV sibuk, rumah tak ada wifi, komputer tak canggih, baby (dan hubby) selalu kacau I malam2 dan yang paling best....kawan2 I semuanya pun belum mula lagi….why should I..... you tell me bro !
Tahukah anda banyaknya masa yang anda telah biarkan berlalu dengan memberi alasan yang setaraf dengan pelajar Tingkatan 3 sedang anda hanya ada 4 semester sahaja utk master dan 6 semester utk PhD. Inilah rahsia pertama….. MULAKAN PENULISAN TESIS ANDA SECEPAT MUNGKIN SECARA EFISYEN. Ramai pelajar master / PhD quoted "Vision 2020" Dr. M dari akhbar.....That quotation is an important argument as the background of your study....How can u do that.... U should quote it from this book... the original source!! Ada beberapa rahsia akan menyusul selepas ini. OT
Rahsia pertama dah saya kupas kini RAHSIA KEDUA pula… sambungan rahsia pertama. Rahsia kedua: Rahsia ini berbunyi begini - dengan memulakan penulisan lebih awal, anda akan “DIPAKSA” dan “TERPAKSA” berfikir dengan lebih serius pada peringkat yang lebih awal tentang kajian anda. Dengan berfikir lebih awal, maka lebih awallah idea anda akan mula tersusun dalam kepala anda, maka lebih awallah anda dapat memahami aspek2 kajian anda !! (maka lebih awallah saya bergraduate - tau tak per !)
Habis sapa ler pulak nak paksa anda berfikir kecuali diri anda sendiri! Blog ini hanya sebagai impetus atau pencetus sahaja, macam lighter dinyalakan pada sumbu mercun….. Tanpa lighter…… mercun hanya lah satu kuasa yang terpendam tetapi tak berguna….. yang lama kelamaan akan lemau…. Bila dah lemau…. sumbu tak akan dapat dinyalakan wpun dengan 10 lighter !! Ingat tak semasa anda menulis email cinta pada kekasih anda? Wow bukan main serius lagi... siap analogi, berpuitis... nangis2 pulak dan kadang2 ketawa sendirian..... syahdu sungguh. Teringat jer kekasih wpun pukul 3 pagi, terus bangun dan menulis..... berhelai2 pulak tu !!
Sayugia dinyatakan bahawa membaca dan membaca sahaja belum tentu anda berfikir, sekurang2nya berfikir secara serius… macam baca paper…. atau baca fesbuk….. bukan kita nak ambil pusing pun sangat apa yang kita baca. Bila anda mula menulis, anda sebenarnya mula berfikir. Bukan sekadar berfikir, tetapi mula berfikir dengan serius.. mendalam. Setiap perkataan dan ayat yang anda nak taip, anda kena fikir dulu…apa maksudnya… kenapa nak tulis macam itu dan apa kaitannya dengan kajian anda….SETUJU ? Ada tak orang menulis tanpa berfikir? Ada juga. Tapi kalau menulis tanpa berfikir tu namanya surat layang…..
Anda tulis tesis bukan surat layang…. Bila anda mula berfikir dengan serius dan mendalam, banyak lah persoalan baru yang timbul, banyaklah pengetahuan yang anda tambah…. semakin banyak yang anda tulis, semakin banyak yang anda tahu dan makin banyak pula yang anda tak tahu dan ingin tahu…. dan proses ini berterusan sehingga anda benar2 dapat menguasai bidang kajian anda dan DALAM MASA YANG SAMA TESIS ANDA JUGA AKAN TURUT PROGRES! Bukankah ini yang anda mahukan?
Bila anda menulis, otak anda akan jadi kritis….. mula belajar menganalisis... mensintesis. Sebab itu saya paksa peserta bengkel menganalisis dan mensintesis dengan aktiviti yang disediakan sambil menyaran "JUST DO IT" ! Inilah rahsia kedua yang tidak dapat difahami oleh kebanyakkan postgraduates master sebab mereka maybe belum alaminya sebelum ini. Tapi sedikit hairan, pelajar PhD pun sering abaikan aspek ini wpun mereka pernah menulis tesis. Kenapa? Sebab semasa membuat tesis masterpun mereka tak tahu dan sedar kepentingan menulis lebih awal. Betul tak? Kita jumpa lagi dalam rahsia ketiga…. OT Anda mungkin juga meminati:

Tajuk 96: Ulasan PROBLEM STATEMENT 2

Berikut adalah komen ./ ulasan bagi pernyataan masalah kajian 2 bagi Tajuk 95:
Constructive animation for enhance strudents’ conceptual change in Electrochemistry Othman Talib (2005)
Statement of Problem Science education in Malaysia in general has been in the limelight mainly due to the many negative testimonies on the outcomes of science learning. Reports done by the Examination Syndicate Ministry of Education Malaysia regarding the chemistry performance in the Malaysian Certificate of Education examination for example, found that most students failed to acquire basic conceptual understandings (MOE, 2004a) and had problems with analyzing abstract processes and failed to classify, synthesize and evaluate information.
[Ulasan : Secara umum dalam pendidikan sains wujud masalah pelajar gagal menguasai basic conceptual understanding in science, dengan citation dari MOE]
Specifically in chemistry education, one of the current aims of teaching chemistry in Malaysia is to provide students with the knowledge and skills that would enable them to solve problems from specific types of calculations to open-ended situations. However, the latest findings of the SPM Performance Report 2003 (MOE, 2004a) by the Examination Syndicate regarding the chemistry performance in the Malaysian Certificate of Education examination are incongruent with this aim. It was found that the “majority of candidates did not understand and master the concepts of chemistry” (MOE, 2004a, p.14). In particular, the report found weaknesses in the answering of electrochemistry-related questions and concluded that the majority of candidates failed to acquire basic conceptual understandings (MOE, 2004a).
[Ulasan: Lebih khusus dalam pendidikan kimia, wujud masalah yang sama, dengan citation dari laporan dari MOE]
In addition to the weaknesses reported by the Examination Syndicate, a study by Che Lah and Loke (2004) revealed that secondary students in Malaysia have difficulties in proper understanding of abstract electrochemical processes, such as: 1. Students think that two different metals are used in a galvanic cell because they have different electrical charges. 2. Students know that electrons should be written in half-equations but do not know how to write the equation. 3. Students are confused when identifying an electrode as anode or cathode.
[Ulasan: Lebih khusus lagi dalam tajuk yang terlibat dalam kajian, ada kajian tempatan menyatakan masalah yang sama.
Ini menguatkan masalah itu memang benar2 wujud]
[INGAT…. Kajian tempatan SANGAT PENTING bagi menggambarkan konteks sebenar masalah yang anda akan kaji]
From the perspective of teaching, recent research by Daud (2003) revealed that a majority of chemistry teachers in Malaysia use the direct transmission approach to explain and draw electrochemical cells, whilst students passively listen and take notes. He stated that there were cases where chemistry teachers tried to cover the syllabus as quickly as possible in order to give more attention to tackling examination questions. These views are consistent with those of Hutchinson (2000, p.3), when he claimed that in general, chemistry in the United State of America is taught to students mostly based on “expository and explanatory statements of concepts and applications…clearly the pervasiveness of traditional approach.”
[Ulasan: Dari aspek pengajaran (kerana kajian ini berkaitan pengajaran) masalah kelemahan memahami konsep disumbangkan juga oleh pendekatan pengajaran oleh guru, bukan sahaja dari bukti kajian tempatan malah ada citation luar negara juga]
Therefore in such situations, the implementation of constructivist strategies for conceptual change in teaching and learning science through animation which emphasizes an active search for meaning and understanding by individual students is crucial in the context of Malaysian science education system. By doing so, students are engaged in learning that involves them in constructing personal meaning for conceptual change of the subject matter.
[Ulasan: Setelah anda mengemukakan masalah…. Jeng jeng jeng….. tiba masanya anda mengemukakan cadangan anda dengan ayat “Therefore in such situations, the implementation of constructivist strategies for conceptual change in teaching and learning science through animation……..”]
Kesimpulan: · Pelajar sains secara umum gagal menguasai konsep asas sains · Pelajar kimia secara khusus gagal menguasai konsep eletrokimia · Guru amalkan direct transmission maka pelajar yang pasif

Tajuk 94: Contoh PROBLEM STATEMENT 1

Satu masalah utama dalam BAB 1 adalah penulisan Pernyataan Masalah. Pelajar sering gagal menyatakan apakah sebenarnya masalah yang dikaji sehingga tidak meyakinkan keperluan kajian tersebut dijalankan. Sukar untuk mengajar bagaimana membuat pernyatan masalah kecuali dengan memberikan contoh yang sesuai.
Berikut saya sertakan contoh pernyataan masalah. Sila perhatikan ayat yang bergaris.....
Kajian 1
EFFECTIVE CLINICAL TEACHING AMONGST NURSE TEACHERS IN TERENGGANU NURSING COLLEGES By: Ong Swee Leong & Othman Talib (2009)
Problem Statement The quality of nursing care has been debated since at least the 1980s. An extensive literature and research reports describe a variety of interventions and methods to improve the quality of care (Kristina & Marita, 2001). These include polish the education system, particularly the clinical practice. Lee (1996) said that although clinical education has been acknowledged as being the 'heart' of all nursing education programs, but the role of the clinical nurse teachers in relation to the clinical learning experience of the student nurse is still an area of long-standing confusion and dispute. This unresolved problem has led to the lack of a concerted effort in the provision of educational input in the clinical area and the quality of patient care is indirectly being affected. To cater the changing need, unqualified and unprepared clinical nurse teachers had been appointed to teach in the clinical area and this will influence the outcome of learning activity in the clinical area (Lee et al 2002). Therefore to ensure the learning in clinical area is at the maximum patch the effectives of clinical nurse teacher much be carefully consider. Further more since the beginning of the nursing education there has been a perceived discrepancy between what is taught to student nurses in the classroom and what is practiced in the clinical area. This condition will make the clinical teaching become more difficult and more complicated because as what had been claimed by Aston, Mallik, Day and Fraser (2000) in their study explored the role of teacher/lecturer in practice found that despite overt commitment the lecturers were also unprepared, unsupported and unmonitored. Students and clinical nurse teachers had very different experiences and expressed a strong need for a better organized approach which would provide them with consistent and sustained support in the clinical setting by effective clinical nurse teacher. The Australian Nurse Education National Report (Reid, 1994), reported new graduates lacked competence when undertaking clinical work and their perceived lack of competence led to under-valuation of undergraduate nursing programs and claims that despite having satisfied registration requirements, graduates were not adequately prepared for clinical practice. According to three heads of Malaysian Nursing schools, this phenomenon is evidenced greatly among their students. Therefore, the role of clinical nurse teachers must be negotiated seriously between teachers, clinical nurses and students, in order to find the best way to meet the needs of all parties concerned (Mark and Brain 2006). As what had been reported by Mei Kuen (1997) clinical teaching behavior is a critical determinant for quality clinical learning experiences of student nurses. It is believed that a better understanding of the perceptions of clinical teaching behaviors between student nurses and clinical nurse teachers will enhance clinical teaching. Therefore there is a must in exploring the effectiveness of clinical nurse teacher. Clinical teaching and learning has been recognized as one of the most important and necessary parts of any educational process in nursing. However, as a large number of students have to be taught in a wide range of clinical areas where teaching and supervision by nursing staff is not possible, because of their shortage (Kotzabassaki, 1997), many clinical nurse teachers are required which makes clinical teaching very costly. Due to scarce with financial resources, the number of clinical nurse teachers is not adequate. Unlike Malaysia, clinical nurse teachers are much needed in the service side hence scarcity is not due to lack of financial but allocation of tasks. With the current nursing shortage and the increased number of students need experiences, the nurses without formal supervisory training and/or without extensive clinical experience will be assigned as clinical nurse teacher Then this could lead to clinically incompetent students graduating from the program and caring our sick out there. Therefore, if the quality of clinical education is to be maintained, clinical nurse teachers must be as effective as perceived by the clinical students. OT

Tajuk 83: Literature Review - 6: Masa untuk menulis secara KRITIS ! (DR OT)

Setelah berehat seketika..... masa untuk menulis sorotan literatur ! Sampai masa untuk menulis secara KRITIS sorotan literatur anda. Kritis bermakna anda menulis dengan menganalisis dan mensintesis apa yang anda baca,
Katakan tajuk working title anda berkaitan: PEMBINAAN BAHAN PENGAJARAN MULTIMEDIA UNTUK PENGAJARAN SAINS SEKOLAH MENENGAH
Langkah 1: Kumpul bahan Mengumpulkan artikel yang berkaitan dengan tajuk dan skop kajian anda. Katakan anda berjaya mendapatkan tiga artikel yang sesuai.
Berikut adalah tiga artikel yang anda dapati memenuhi matlamat anda. Berikut saya ringkaskan sahaja: (i) The main objective of this study is to design a learning courseware based on learning style for form 6 science students using ADDIE model. Result of previous research shows that learning style strategy is important to enhance learners’ attention. Therefore designing a learning courseware should fulfil diversity of learning style. (Norliza, 2008) (ii) The using of 3D virtual learning is relatively new learning science. However, 3D virtual environment will provide opportunity to visualize abstract and dynamic science concepts (Widyawati, 2010) (iii) Dapatan dari kajian ini membuktikan bahawa pembelajaran berasasakan laman sesawang telah menyediakan satu persekitaran pembelajaran yang interaktif dan menyeronokkan. Pengalaman yang menyerokokkan ini telah Berjaya meningkatkan motivasi subjek (Rahayu, 2009)
Langkah 2: Analisis bahan Membaca dengan tujuan menganalisis. Katakan anda ingin mencari ciri-ciri yang sesuai bagi membina perisian multimedia anda, maka anda perlu menganalisis artikel yang anda kumpul untuk mendapat maklumat yang anda perlukan. Berikut andalah ringkasan analisis anda:
(i) Petikan 1 1. Membina mengunakan model ADDIE 2. Ambil kira stail belajar pelajar 3. Meningkatkan tumpuan pelajar (ii) Perikan 2 4. Memasukkan elemen 3D 5. Visualkan konsep dinamik dan abstrak (iii) Perikan 3 6. Interaktif 7. Meningkatkan motivasi Langkah 3: Mensistesis ayat anda sendiri Mensintesis bahan yang anda telah analisis dalam bentuk ayat
anda sendiri dengan memasukkan semua 7 isi yang disenaraikan di atas seperti contoh berikut: Pembinaan bahan pengajaran multimedia telah menjadi satu keperluan dalam pendidikan sains. Walau bagaimanapun, keberkesanan bahan multimedia tersebut dalam meningkatkan kefahaman dan motivasi pelajar dalam mempelajari sains terus menjadi persoalan. Oleh yang demikian, bagi memastikan keberkesanan bahan pengajaran multimedia, pembinaannya hendaklah diasaskan kepada model pembinaan teknologi pengajaran seperti Model ADDIE. Langkah pertama mengikut Model ADDIE adalah analisis keperluan pelajar. Satu aspek penting dalam menganalisis keperluan pelajar adalah faktor stail belajar. Ini kerana guru dapat mengoptimumkan keberkesanan pengajaran jika bahan pengajaran multimedia yang dipersembahkan menepati stail belajar (2) pelajar yang berbagai (Norliza, 2008). Peringkat kedua model ADDIE adalah peringkat pembangunan yang perlu mengambilkira unsur terkini seperti persekitaran 3D (4). Persekitaran 3D dapat membantu pelajar menvisualkan konsep-konsep yang dinamik, abstrak (5) dan sukar difahami (Widyawati, 2010) dalam pengajaran sains. Pengajaran sains yang banyak melibatkan konsep-konsep abstrak seperti konsep atom dan molekul sangat memerlukan bahan pengajaran multimedia yang boleh dimanipulasi secara visual (5) dalam persekitaran 3D. Seterusnya pada peringkat ketiga Model ADDIE, rekabentuk bahan pengajaran multimedia perlulah menarik bagi mendapatkan tumpuan (3) pelajar semasa pengajaran sains. Faktor tumpuan ini mempunyai perkaitan dengan peningkatan motivasi (7) sepanjang berlansungnya aktiviti pengajaran sains (Norliza, 2008; Rahayu, 2009). Bukan itu sahaja, ciri-ciri interaktif (6) perlu dibangunkan bagi meningkatkan tumpuan pelajar disamping memberikan pengalaman pembelajaran yang menyeronokkan (Rahayu, 2009). Perhatikan: 1. Anda tidak perlu copy and paste mana-mana ayat dari petikan, tulis jer ikut pemahaman anda.
Yang penting..... tulis dan sertakan sumber rujukan anda. 2. Perhatikan ayat yang KONSISTEN seperti bahan pengajaran multimedia walaupun tidak digunakan lansung dalam mana2 sumber rujukan yang anda petik, istilah tersebut adalah istilah anda, istilah untuk kajian anda. JANGAN TAKUT menggunakan ayat anda sendiri secara konsisten selagi anda nyatakan sumber rujukan kepada isi / idea yang anda petik. Teruskan menulis dan menulis dengan isi yang anda analisis dari petikan. 3. Perhatikan anda memasukkan semua isi-isi ( 1 - 7) dengan stail penulisan dan kefahaman TANPA terikat dengan ayat dari petikan. Barulah pembaca membaca "ayat anda sendiri" dan "terdengar suara anda" dalam sorotan literatur anda. 4. Hanya dengan petikan 3 artikel secara ringkas sahaja, anda telah boleh menulis EMPAT perenggan dalam sorotan literatur anda. Bayangkan jika ada 100 rujukan lengkap ! 5. JANGAN menulis seperti membuat sebuah laporan sebab sungguh MEMBOSANKAN dan menjadikan anda sebagai seorang yang hanya meringkaskan kajian terdahulu. Ramai pelajar suka menulis seperti: Noliza (2008) menyatakan bahawa....Ini disokong oleh kajian Rahayu (2009). Widyawati (2010) menambah bahawa....Seterusnya Norliza (2008).... Rahayu (2009) menegaskan bahawa.....Kajian ini selari dengan kajian Widyawati (2010).... Akhirnya yang ditulis adalah ringkasan kajian lepas.... bukannya kajian anda yang menjadikan kajian lepas sebagai sokongan....kerana suara anda tidak kedengaran dalam sorotan literatur ! Kalau setakat meringkaskan kajian lepas "student form five pun boleh buat" ..... betul tak....